Masukan Kode iklan atau Gambar yang anda inginkan di sini

Wednesday, October 5, 2011

ZAFARAN ASLI DARI IRAN

ZA’FARAN ASLI AS SYIFA’ (dari Iran) (RM 30)
Khasiat:
~Digunakan untuk menghasilkan dakwat za’faran (dakwat tersebut digunakan untuk menulis ayat-ayat tertentu dan diminum untuk menguatkan daya ingatan)
~Digunakan untuk menghasilkan air za’faran (air tersebut diminum bagi mengaktifkan antibodi dalam badan bagi melawan penyakit, seterusnya menghilangkan kolestrol dalam badan, seterusnya mengubati pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan lain-lain).

Cara Guna:
Dimasukkan sedikit (5 atau 6 urat) ke dalam setiap minuman harian atau boleh direbus dengan air (1 botol za’faran boleh direbus dengan 3 liter air, kemudian minum segelas setiap hari). Untuk menghasilkan dakwat za’faran, rebus segelas air bersama 1 botol za’faran selama setengah jam (sehingga air berbaki 1/3 gelas).

Peringatan:
Awas daripada membeli za’faran yang tidak asli (banyak dijual di Husin, biasanya dibuat daripada habuk kayu dan diletakkan pewarna merah atau kuning) kerana boleh mengakibatkan penyakit serta melemahkan daya ingatan.

BEDAK TAWAS

BEDAK TAWAS AS SYIFA' (RM 8)

Pengenalan:
Ia dihasilkan drpd batu tawas yg telah dimesin sehingga menjadi serbuk yg sangat halus. Batu tawas digunakan semenjak turun temurun oleh bangsa Arab utk menghilangkan bau badan terutamanya pd musim panas.

Khasiat:
Untuk menghilangkan bau badan. Tiada kesan sampingan. Lebih selesa berbanding bedak biasa atau pun deodorant.

Cara guna:
Sapu pada badan terutamanya bahagian ketiak selepas mandi.

AIR MAWAR

AIR MAWAR AS SYIFA’( RM20) (200 gram)
(Rahsia Kecantikan Kulit)


Pengenalan:
Air Mawar merupakan sejenis ekstrak herba dr bunga mawar utk kecantikan yg digunakan semenjak berkurun-kurun lamanya oleh bangsa Arab.

Khasiat:
1- Berfungsi melembutkan dan menyegarkan kulit muka. 2- Menghilangkan jeragat dan jerawat pada muka. 3– Menegangkan kulit muka.
4- Mencerahkan kulit muka. 5- Mengaktifkan semula sel-sel kulit yang telah mati. 6– Menghilangkan kotoran atau toksik pada kulit.

Cara Guna:
Sapukan pada muka dan kulit, seelok-eloknya sebelum tidur dan biarkan dalam keadaan begitu sehingga pagi. Selepas itu, basuh muka atau kulit dengan air bersih tanpa menggunakan sabun.

LIBANAH ASLI AS SYIFA'

LIBANAH ASLI AS SYIFA’ (RM20)

Pengenalan:
Libanah adalah sejenis getah pokok yang tumbuh di Sudan dan Somalia yang amat berkesan bagi menambahkan daya ingatan dan mencerdaskan otak kerana ia berfungsi menghilangkan kahak, seterusnya melancarkan sistem pernafasan dan perjalanan darah. Ia juga amat berkesan untuk mengubati penyakit resdung, lelah, selsema, batuk dan sebagainya yang berkaitan dengan sistem pernafasan.

Sejarah:
Sejarah menyatakan bahawa Imam Syafie yang amat terkenal dgn kekuatan daya ingatannya selalu mengamalkan memakan libanah sehingga akhir hayat beliau. Setelah meninggal dunia didapati kesan libanah masih berada di celah-celah gigi al Imam rahimahullah.

Cara Guna:
Makan 2 kali sehari, sekurang-kurangnya 2 biji sekali makan.

LEMAK KIBAS

LEMAK KIBAS AS SYIFA’ (RM 10)

Kegunaan:
Sesuai untuk semua jenis urutan bagi menghilangkan lenguh-lenguh, terseliuh, sakit urat, gatal-gatal dan lain-lain.
Amat diperlukan oleh peladang bagi mengelakkan tanaman mereka dirosakkan oleh haiwan perosak atau dimasuki binatang buas.
Boleh dimakan bagi menambahkan tenaga dan memanaskan badan.

PUSAT KIJANG HIMALAYA

PUSAT KIJANG HIMALAYA AS SYIFA’ ( RM 250)

Pengenalan:
Pusat kijang ini diambil daripada kijang-kijang yang hidup di kawasan Banjaran Himalaya. Ia adalah bahan utama dalam proses penghasilan kasturi yang begitu wangi dan amat bermutu tinggi. Selain itu, ia juga boleh mengubati pelbagai penyakit. Di Mesir, ia digunakan bagi menghalau jin yang berada dlm badan seseorang yang terkena histeria (dikatakan bahawa jin tidak mampu bertahan dlm badan yang mempunyai kasturi asli).

Khasiat:
Amat berkesan untuk mengubati pelbagai penyakit spt kencing manis, angin ahmar, lumpuh, lemah tenaga batin, sakit urat / sendi badan dll. Ia juga berfungsi menghilangkan kolestrol dlm badan, menambahkan tenaga dan memulihkan kembali seseorang yang terkena histeria.

Cara Guna:
Belah pusat kijang ini dan ambil darah beku yg berada di dlmnya, kemudian makan 3 kali sehari selama 60 hari sebanyak 1/2 gram shj sekali makan. Lebih kurang 35 gram darah beku terdapat dalam satu pusat kijang.

JUALAN PRODUK DARIPADA UNTA ASLI MESIR

LEMAK UNTA AS SYIFA’ ( RM 6.50 )

Khasiat:
Sesuai untuk semua jenis urutan bagi menghilangkan lenguh-lenguh, terseliuh, sakit urat, gatal-gatal dan lain-lain. Amat diperlukan bagi peladang bagi mengelakkan tanaman mereka dirosakkan oleh haiwan perosak atau dimasuki binatang buas.

 
TARING UNTA AS SYIFA’ (RM 25)

Khasiat:
Boleh mengubati penyakit lelah (asma), demam panas dan lemah tenaga batin. Juga boleh digunakan untuk menghalau binatang buas.

Cara Guna:
Dikikis halus, kemudian campur dengan madu asli dan minum satu sudu kecil setiap pagi atau dicampur dengan air suam dan diminum. Boleh dijadikan permata cincin.


 
TASBIH TULANG UNTA AS SYIFA' (RM 40)

Pengenalan & Khasiat:

Telah diketahui umum bahawa seluruh badan unta mempunyai khasiat yg tinggi dalam perubatan tradisional sehinggakan hati, lemak dan air kencing unta digunakan secara meluas utk mengubati penyakit-penyakit tertentu.
Tulang unta dipercayai boleh digunakan utk mengubati penyakit asma atau lelah dgn cara mengikis tulang tersebut, kemudiannya diambil debunya dan dicampur air suam, lalu diminum. Ia juga boleh digunakan utk menghalau binatang buas mengikut kepercayaan dan pengalaman orang-orang tua.

p/s: Tasbih tulang unta As Syifa diproses menggunakan tulang yg amat berkualiti dan ia digabungkan dgn kayu ABANUS (sejenis kayu yg amat berkualiti di Africa dan mahal harganya) supaya nampak lebih kemas, cantik dan menarik.

JUALAN PRODUK DARIPADA DHOB ASLI

 
DHOB KERING AS SYIFA’ (RM 100-170)

Pengenalan Ringkas:
Dhob merupakan sejenis haiwan reptilia yang hidup di padang pasir. Banyak terdapat di negara Mesir, Saudi Arabia, Pakistan, Libya, Sudan dan lain-lain. Haiwan ini mampu hidup tanpa minum air dan hanya memakan tumbuh-tumbuhan padang pasir. Tidak memakan bangkai atau sebarang benda kotor seperti haiwan lain yang satu spesis dengannya.

Ciri-ciri Dhob:
Kepalanya menyerupai kepala penyu atau kura-kura.
Ekornya berduri seakan-akan ekor buaya. Ia akan menggunakan ekornya yang berduri itu untuk mempertahankan diri.
Lidahnya tidak bercabang dan terjelir-jelir macam biawak.
Mempunyai lima jari di setiap kaki.
Bertelur 70 biji sekali.
Kulit boleh bertukar warna menjadi kelabu, htam dan kuning mengikut cuaca dan tempat.

Keistemewaan Dhob:
Dhob mempunyai usia yang amat panjang. Sesetengah saintis Arab berpendapat bahawa ia mampu hidup selama 300 tahun. Manakala saintis yang lain pula berpendapat bahawa ia boleh hidup lebih dari itu sehingga ada yang menjangkau 700 tahun atau lebih.
Mempunyai 2 alat kelamin (2 zakar bagi yang jantan dan 2 faraj bagi yang betina).
Mempunyai daya ketahanan yang amat kuat. Dhob yang disembelih mengambil masa sehari atau 2 hari untuk mati.
Kencing hanya setitik dalam tempoh 40 hari.

Hukum Memakan Dhob:
Dhob halal dimakan berdasarkan hadith berikut, mafhumnya:
Abdullah bin Abbas dan Khalid bin Walid berserta Nabi Muhammad SAW telah dihidangkan dengan dhob yang telah dipanggang. Lalu Abdullah bin Abbas bertanya Rasulullah SAW: “Adakah ianya haram dimakan?” Rasulullah SAW bersabda: “Tidak.” Lalu Khalid bin Walid berkata: “Aku menarik daging dhob dan memakannya sedang Rasulullah SAW melihatnya.”

Larangan:
Menurut kitab “Hayatul Haiwan Al Kubra”, jika seekor dhob lalu melalui celah kangkang lelaki, maka akan lemahlah syahwat lelaki tadi, insyaallah. Wanita yang hamil dilarang memakan dhob atau mengambil ubat-ubatan yang dibuat daripada dhob.

Khasiat:
Boleh mengubati penyakit lelah (asma) dan lemah tenaga batin.

Cara Guna:
Dimesin sehingga halus, kemudian campur dengan madu asli dan minum satu sudu kecil setiap pagi. Boleh dimasak seperti biasa.


KAPSUL DHOB AS SYIFA’ (RM25)

Khasiat:
Menambahkan tenaga, memecah dan mengeluarkan angin, menghilangkan sakit pinggang dan lenguh-lenguh badan, melancarkan perjalanan darah, menyembuhkan senggugut dan penyakit lelah, mengembalikan tenaga ibu selepas bersalin, menguatkan tenaga batin lelaki dan wanita, juga amat sesuai bagi ahli sukan dan mereka yang bekerja berat.

Cara Guna:
Makan 2 kali sehari, pagi dan malam, 1 biji sekali makan.

Peringatan
Tidak sesuai untuk ibu yang hamil dan kanak-kanak.

 
LEMAK DHOB AS SYIFA’ ( RM 25)
Khasiat:
Sesuai untuk semua jenis urutan bagi menguatkan tenaga batin, menghilangkan lenguh-lenguh, terseliuh, sakit urat, gatal-gatal dan lain-lain, serta disapu pada tempat yang terkena minyak panas atau digigit serangga dan sebagainya.

 
MAAJUN DHOB AS SYIFA’ ( RM 15 )

Khasiat:
Memulihkan kesihatan badan, melancarkan perjalanan darah, menambahkan tenaga, membuang angin, menghilangkan kolestrol dalam badan, menyembuhkan buasir, senggugut dan memulihkan tenaga batin lelaki dan wanita.

Cara guna:
Makan setengah sudu kecil maajun setiap hari.


 
MINYAK DHOB AS SYIFA’ ( RM 7)

Khasiat:
Sesuai untuk semua jenis urutan bagi menguatkan tenaga batin dan menghilangkan lenguh, sakit urat, terseliuh, gatal-gatal serta disapu pada tempat yang terkena minyak panas atau digigit serangga dan sebagainya. Diminum bagi mengubati penyakit lelah dan menambahkan tenaga.

UBAT-UBATAN TRADISIONAL AS-SYIFA'

UBAT GOUT AS SYIFA’ (RM 15)

Khasiat:
Amat berkesan untuk mengubati penyakit gout. Juga diperbuat daripada ambar dan campuran herba lain. Juga boleh melegakan sakit urat, lenguh-lenguh, sakit sendi-sendi badan. Ia juga berfungsi menambahkan tenaga dan kesihatan badan.

Cara Guna:
Makan sedikit ambar (sebesar kepala mancis) setiap pagi, kemudian minum air suam. Seelok-eloknya, pesakit mengamalkan madu asli setiap hari.


UBAT LUMPUH / ANGIN AHMAR AS SYIFA’ (RM 300/3 BOTOL)

Khasiat:
Amat berkesan untuk mengubati penyakit angin ahmar atau lumpuh. Dihasilkan daripada sejenis ambar asli (yang dimuntahkan setahun sekali oleh sejenis ikan paus yang dipanggil ambar) yang terlalu susah untuk didapati kerana ia setakat ini hanya dijumpai di Yaman dan sebuah negara di Amerika Latin. Ambar asli itu diproses dan diletakkan dalam 3 botol kecil. Pesakit mesti menghabiskan satu botol ambar tersebut dalam masa sebulan dan berterusan mengambilnya sehinggalah habis ketiga-tiga botol ambar dalam masa tiga bulan. Selepas bulan pertama, pesakit akan mula mampu menggerakkan sedikit demi sedikit anggota badannya, begitulah seterusnya sehinggalah dia mampu bangun dan berjalan kembali seperti biasa pada bulan ketiga. Selepas itu, pesakit hendaklah banyak melakukan aktiviti ringan seperti riadhah bagi mengaktifkan semula anggota badan.

Cara guna:
Makan sedikit ambar (sebesar kepala mancis) setiap pagi, kemudian minum air suam. Seelok-eloknya, pesakit mengamalkan madu asli setiap hari dalam tempoh 3 bulan tersebut.


UBAT KENCING MANIS AS SYIFA’ (RM 6 )

Khasiat:
Amat berkesan untuk mengubati penyakit kencing manis.

Cara Guna:
Ambil satu sudu kecil ubat ini, kemudian kacau dengan segelas air suam. Minum 2 kali sehari, pagi dan malam.

Harga: RM 6

UBAT BUASIR AS SYIFA’ ( RM 10 )

Khasiat:
Amat berkesan untuk mengubati penyakit buasir dalam masa 3 hari sahaja.

Cara Guna:
Ambil satu sudu kecil ubat ini, kemudian kacau dengan sedikit air suam. Sapu pada tempat buasir 3 kali sehari.

Harga:RM 10

UBAT BUASIR (Krim & Minyak) AS SYIFA’ ( RM 30 )

Pengenalan:
Buasir antara penyakit biasa di kalangan masyarakat Arab. Biasanya masyarakat Arab menggunakan kaedah rawatan tradisional yg diwarisi turun temurun utk merawat penyakit ini. Buasir tdk mudah sembuh melainkan dgn cara mengambil dua jenis herba:

1- Herba utk ubati buasir dari bahagian dalam seperti nenas batu dan krim buasir.

2- Herba utk ubati buasir dari bahagian luaran seperti ubat buasir (lihat gambar sebelumnya) dan minyak buasir.

Jd pesakit dinasihatkan supaya mengambil dua jenis herba tersebut (samada nenas batu bersama ubat buasir atau krim bersama minyak buasir) supaya cepat sembuh tanpa sebarang kesan sampingan.

Khasiat:
Amat berkesan untuk mengubati penyakit buasir dalam masa 3 hari sahaja.

Cara Guna:
Sebelum tidur ambil sedikit krim buasir, kmdn sapu pada tempat buasir dgn memasukkan sedikit krim tersebut ke bahagian dalam. Setelah bangkit dari tidur dan setelah membuang air besar, sapukan minyak buasir pd tempat buasir 2 kali sehari pagi dan petang.

Harga (krim & minyak): RM 30
UBAT SAKIT BUAH PINGGANG AS SYIFA’ (RM 6)

Khasiat:
Amat berkesan untuk menghancurkan batu karang dan membersihkan buah pinggang dari sebarang kekotoran.

Cara Guna:
Campurkan satu sudu kecil ubat ini dengan segelas air, panaskan, kemudian tapis dan minum airnya 2 kali sehari, pagi dan malam.


UBAT DARAH TINGGI AS SYIFA’ ( RM 6)

Khasiat:
Amat berkesan untuk mengubati penyakit darah tinggi (boleh mengembalikan kenormalan darah).

Cara Guna:
Ambil satu sudu kecil ubat ini, kemudian kacau dengan segelas air suam. Minum 2 kali sehari, pagi dan malam.

Harga:  RM 6

MADU-MADU DARI MESIR

MADU GENSING AS SYIFA


MADU GENSING AS SYIFA' (RM 25)

Khasiat:
Memulihkan kesihatan badan, menambahkan kecerdasan minda, menguatkan daya ingatan dan berfikir, melancarkan perjalanan darah, menambahkan tenaga, membuang angin, menghilangkan kolestrol dalam badan, membuang sisa toksik dalam badan, menyembuhkan buasir, senggugut dan memulihkan tenaga batin lelaki dan wanita. Amat sesuai bg individu yg selalu mengalami keletihan, sakit-sakit badan, tidak bermaya dan seumpamanya utk kembali kuat, ceria, bersemangat, aktif dan cergas.

Cara guna:
Makan setengah sudu kecil maajun setiap hari.

Harga: RM 25 (berat 1/2 kilo)

MADU KURMA (100% ORIGINAL)

MADU KURMA  (100% original)RM 15

Khasiat:
Amat berkesan mengubati penyakit darah rendah, sakit sendi badan, boleh menguatkan tulang dan otot-otot badan terutamanya bg kanak-kanak, memberikan tenaga, menambahkan kesihatan badan, membuang kahak, meredakan batuk-batuk dan sejuk badan dan sebagainya.

Cara guna:
Minum satu sudu besar setiap pagi sebelum sarapan.





MADU ASLI HABBATUS SAUDA BARAKAH   (RM17 1/4KG)


Pengenalan:
Madu Asli Habbah Barakah dihasilkan oleh lebah yang berada di ladang-ladang habbah barakah terutamanya di Aswan, yang menjadikan habbah barakah tersebut sebagai makanan utamanya, lalu menghasilkan madu asli yang amat bermutu tinggi dalam perubatan tradisional Mesir.

Khasiat:
Mencerdaskan otak dan menguatkan daya ingatan, menambahkan antibodi dalam badan bagi melawan penyakit, mengubati pelbagai penyakit terutamanya penyakit darah rendah dan lelah (asma), meredakan senggugut, menambahkan tenaga dan mengembalikan kesihatan, memecah dan mengeluarkan angin, menghilangkan sakit pinggang dan lenguh-lenguh badan, melancarkan perjalanan darah, menyembuhkan luka dan penyakit kulit, menguatkan tulang dan sendi-sendi badan, melembutkan kulit muka, mencerahkan pandangan mata.

Cara guna:
Minum setengah sudu kecil madu pada waktu pagi, sebelum sarapan, setiap hari, kemudian minum segelas air suam.
Untuk mengubati luka, tuang madu pada tempat luka dan balut luka tersebut.
Untuk melembutkan kulit muka, sapukan madu pada muka sebelum tidur (waktu malam), kemudian cuci muka tanpa menggunakan sabun pada waktu pagi.

Peringatan:
Bagi mengekalkan keaslian madu asli, pengguna dinasihatkan supaya meletakkannya di dalam botol kaca, tidak meletakkannya di dalam peti ais atau botol plastik dan tidak menggunakan sudu besi. Pengguna juga dinasihatkan supaya tidak menggunakan madu yang dijual di pasaraya biasa kerana telah dicampur glukosa (gula halus) yang boleh mengakibatkan penyakit kencing manis.

SABUN HABBATUS SAUDA' dan SABUN ZAITUN

SABUN HABBAH BARAKAH AS SYIFA’




Pengenalan:
Diperbuat daripada minyak habbatul barakah asli..

Khasiat:
Melembutkan, mencerahkan serta menegangkan kulit muka, membuang jerawat dan jeragat pada kulit muka, membunuh kuman dan kulat pada kulit, menjamin kesihatan kulit dan mencegah daripada terkena penyakit-penyakit kulit.

Harga: RM 6.00

SABUN ZAITUN AS SYIFA’



Pengenalan:
Diperbuat daripada minyak zaitun asli.

Khasiat:
Melembutkan, mencerahkan serta menegangkan kulit muka, membuang jerawat dan jeragat pada kulit muka, membunuh kuman dan kulat pada kulit, menjamin kesihatan kulit dan mencegah daripada terkena penyakit-penyakit kulit.

Harga: RM 6.00

JUALAN BARANGAN SECARA PUKAL

BIJI HABBATUS SAUDA'

1KG = RM 30


KAPSUL BARAKA

JUALAN SECARA LANGSAM
1 UNIT = RM 4
 1 KOTAK BESAR = 480 UNIT x RM 4 = RM 1920



MINYAK HABBATUS SAUDA'

 1 LITER = RM 100


1/2 LITER= RM 60.




MINYAK ZAITUN
                                                                   1/2 LITER = RM 25

SARUNG TANGAN MUSLIMAH


                                                                  1 UNIT = RM 2.50
                                                                 MINIMA 100 UNIT